Carsem... Apa tu carsem? Company apa tu??? Company kereta ke?? Itu lah yang bermain di benak kepala hotak saya bila mana ditawarkan untuk datang temuduga di Carsem. Ketika masih lagi bekerja di Penang, ketika masih dalam bilik mesyuarat, dapat pula panggilan dari HR Carsem untuk menjemput bagi menghadiri sesi temuduga di Ipoh.
Selesai sahaja mesyuarat, saya terus google Carsem.Rupanya Carsem adalah salah satu syarikat subcon semiconductor tempatan di Malaysia. Terdapat 3 plant Carsem di dunia, dua terletak di Malaysia di Perak dan satu terletak di Suzhou, China.
Tiba hari temuduga yang diadakan di Carsem S-Site di Meru, saya ditemuduga oleh salah seorang manager bagi Department Test. Alhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar dan segala soalan yang ditanya dapat dijawab dengan betul.
Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya ditawarkan untuk bekerja di Carsem sebagai Test Engineer.Tapi demi menghormati kontrak resign saya dengan company semasa iaitu Inari, saya perlu memberi notis period selama dua bulan sebelum boleh memulakan karier di tempat baru iaitu Carsem.Sepanjang notis period saya di Inari, saya memberikan kerjasama yang penuh kepada staf di sana dalam mengagihkan kerja-kerja saya kepada Engineer baru dan mengajar kepada beliau cara kerja, laporan, dan pengurusan yang betul dalam memastikan production line dapat diteruskan apabila saya sudah tidak lagi berkerja di sana.
Tiba hari yang ditunggu, saya melangkah kaki di Carsem untuk meneruskan karier saya sebagai seorang Engineer. Best ke Carsem?? Berbaloi ke Carsem??
Mungkin belum lagi tiba masa sesuai untuk saya komen kerana saya masih baru di sini..mungkin perlu tunggu lagi beberapa bulan untuk saya menilai Carsem..apa pun permulaan Karier saya di carsem agak memuaskan..
Sekian.tunggu next entry untuk saya nilai Carsem..huhu
Hai. Masih kerja carsem ke ? Saya dapat internship di carsem. Jadi saya ingin bertanya pada yang berpengalaman biasanya hari pertama internship apa eh cara pemakaian yang harus di pakai ?
ReplyDelete