Tengah syok tidur pagi2, dapat pulak call dari HR Inari bagitau interview saya lulus dan dapat jawatan sebagai Engineer untuk Wafer Test. Happy sampai tiba-tiba dah segar mata tak jadi nak sambung tidur balik. Maklumlah, kali pertama dapat bekerja dalam sektor kilang ni..
Adakah best kerja kilang ni??? Untuk orang yang tak tahan dengan pressure dan stress level yang terlampau tinggi, mungkin kerja bahagian kilang bukan untuk anda.Tapi untuk yang gemarkan cabaran, mungkin boleh cuba. Kebanyakan kilang di Malaysia beroperasi 24 Jam non-stop.. Walaupun kerja sebagai engineer/exec/atau normal shift sekalipun, bebanan harus juga dipikul waktu hari weekend yang mana WhatsApp hendaklah sentiasa Online bagi mendapatkan status semasa di dalam production line.
Sebagai engineer, tugasnya adalah memastikan production berjalan lancar tanpa ada isu-isu yang boleh mengurangkan output dibawah target output. Kalau tak dapat meet output, alamatnya menjawablah dengan top management. Suka diingatkan bahawa sebagai engineer, cacian makian itu adalah lauk bagi kita . So kalau tak tahan makian, rasanya kilang bukan tempat anda untuk memulakan karier
Berbalik kepada Inari, suasana kerja di Inari boleh dikatakan stress dan memenatkan. Hampir setiap bulan akan ada staff yang akan berhenti kerja dek kerana tekanan yang melampau. Berbeza dengan company lain, department yang saya bertugas ini tidak dibahagikan kepada dua bahagian, Engineering dan Maintenance. Jadi sebagai Engineer, anda adalah engineer untuk semua sama ada produk,mesin, maintenance,technician, quality, etc. Jadi hampir setiap saat anda terpaksa berhempas pulas kesana kemari menyelesaikan masalah yang tidak putus2. Agak mencabar bukan..
Waktu kerja bagi engineer di Inari adalah dari 8.30am - 6 pm. Tapi itu hanya di dalam surat tawaran semata mata. Percayalah,anda tidak akan dapat merasa pulang ke rumah pada jam 6.. mungkin anda akan pulang jam 8 malam atau 9 malam..atau 10 malam... Tidak mustahil jam 1 pagi... Dan lebih gila,anda mungkin takde peluang untuk pulang.Pernah terjadi staff yang tiba2 didatangi dengan masalah didalam production line yang agak banyak sehingga beliau tidak pulang kerumah dan hanya tidur sekejap disurau Inari dan sambung kerja pada keesokan harinya.
Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang suasana bekerja di kilang. Bagi yang baru untuk menceburi dalam sektor kilang ini,diharap anda fikir semasak masak gulai goreng sehangus hangusnya.kalau anda tidak sanggup korbankan masa bersama keluarga, mungkin sektor kilang bukan untuk anda. Renung-renungkan.
Salam.. bro.. dri segi finance kilang ni okay tak?gaji on time tak?
ReplyDeletewasalam bro...maaf sebab lambat reply...dari segi finance agak terbaik tapi pembayaran gaji pada hujung bulan.andai kata hujung bulan jatuh pada hari sabtu ahad,gaji akan dibayar awal sehari dua pada hari bekerja
DeleteKalau Hari Raya Haji gaji akan dibayar bila
ReplyDeleteGaji akan dibayar pada hujung bulan hari bekerja.
DeleteInari ni kilang buat apa ya ?
ReplyDeleteInari ni kilang subcon yang assemble dan test product semiconductor.Product tersebut kebanyakannya dari company besar Broadcom, Apple, etc..
DeleteKalau pakai baju hijau pangkat apa kat sana?
ReplyDeleteIntern
Deletesalam bosz, kalau internship di inari selalu buat apa eh
ReplyDeleteMaaf nak tanya. Agak2 asrama kilang ni okay tak seperti yang diiklankan?
ReplyDeleteAsrama saya tak pasti sebab asrama kebanyakan untuk pekerja asing perempuan.. tapi setahu saya asramanya not bad...
Deletenk tnya, saya student sem 5 boleh saya tau inari ni ada relate dgn mana2 asean country ke? plus foreign worker dia dari mana ye? mohon share ni untuk research paper huhu
ReplyDeleteHi, maaf lambat reply. Inari ni adalah sub-con company yang menjalan proses test and assembly semiconductor untuk customer dari Broadcom (main customer) dan juga customer2 lain. Plant Inari ada banyak di penang, dan juga di China dan Phili[pine. Foreign worker mostly dari Indonesia..ada juga dari Vietnam.
DeleteSalam sya nk tnya klu student intern dpt tmpt di p21 mcm mna yea working hours dia...
ReplyDeletemasa zaman saya dulu,intern kerja 8.30 pagi smpai 6 petang... saya tak pasti samada intern kena masuk shift malam atau tak sekarang
DeleteMaaf sya nk tnya...klu student intern dapat dekat p21 selalu working hours mcm mna yea...dan apa tugasannya...
ReplyDeleteAssalam bang...kalau intern selalunya kena buat apa???
ReplyDeleteintern basically akan di-expose dgn cara2 untuk handle machine, basic process. Kadang-kadang intern juga diperlukan untuk membantu department mencapai output target yang dah ditetapkan dengan dipantau oleh supervisor masing2.
DeleteAssalamualaikum maaf saya nak tanya P13 macam mana OK tak
DeleteP13 bagi saya ok..Sebelum saya pindah dari Inari, P13 masih dalam renovation untuk expand lagi plant.. overall dari segi kerja,kemudahan infrastruktur , bagi saya ok.
DeleteAssalamualaikum, kerja dikilang inari macam mana OK kah
ReplyDeletewaalaikumsalam. so far ok bagi saya.. untuk career growth , inari one of the company yang saya suggest.
Deletesorry nak tanya kalau innari dengan intel, mana lagu tuan suggest?
ReplyDeletedalam keadaan ekonomi sekarang, intel dalam process layoff ,resize dan kurangkan tenaga kerja .. risau nanti bila pilih intel, in term of job secure tu tak terjamin dan boleh jadi termasuk dalam staff2 yang bakal diberhentikan nanti. suggestion sy Inari pilihan yang sebaiknya.
Delete