Wednesday, 24 November 2021

Pengalaman Bekerja di Carsem

Salam Sejahtera,

Sudah lama tidak menulis content2 sharing seperti sebelum sebelum ni. Maklumlah dek kerana kesibukan kerja ditambah dengan kekurangan staf yang kebanyakan terpaksa Work From Home ( WFH ) dek kerana Pandemik Covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia. Banyak sektor-sektor ekonomi telah terjejas disebabkan oleh virus kecil yang tak dapat dilihat dengan mata ni. 

Bagi sektor semiconductor di Malaysia, dek kerana permintaan yang tinggi dari pasaran dunia, Alhamdulillah sektor ini mampu bertahan di tengah-tengah kegawatan masalah covid-19. Berbalik kepada pengalaman bekerja di Carsem, so far how? is it enjoyable? worth it?

Sepanjang membina karier di Carsem ini sebagai seorang Engineer, dapat saya simpulkan bahawa Carsem adalah antara salah satu company local terbaik yang ada di Malaysia. 


DITUGASKAN UNTUK MENJADI COORDINATOR KEPADA CUSTOMER BARU UNTUK TESTING DEVICE AUTOMOTIF (TESLA)

Ya, Tesla. Terkejut pertama kali mendapat arahan daripada Department Manager untuk menjadi coordinator dalam menguruskan mesin-mesin yang bakal dibawa masuk ke department baru untuk menjalankan testing dan packaging bagi device Automotif untuk dipasang di kereta yang menjadi kegilaan masyarakat dunia ketika ini. TESLA. 

Tesla, Inc. (dahulu Tesla Motors, Inc.) ialah sebuah syarikat Amerika Syarikat yang mereka, membuat dan menjual kereta elektrik dan komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik.Tesla Motors ialah sebuah syarikat awam yang didagangkan di bursa saham NASDAQ di bawah simbol TSLA.Pada suku pertama 2013, Tesla mendapat keuntungan buat kali pertama dalam sejarah 10 tahunnya.
Tesla Motors mula mendapat perhatian meluas selepas menghasilkan Tesla Roadster, kereta sport elektrik sepenuhnya yang pertama.Kereta kedua syarikat ini ialah Model S, sebuah sedan mewah elektrik sepenuhnya.
Tesla juga memasarkan komponen rangkaian kuasa elektrik seperti pak bateri ion litium kepada para syarikat pengeluar kereta termasuk Daimler dan Toyota. CEO Tesla, Elon Musk, telah menyatakan yang beliau membayangkan Tesla sebagai sebuah pembuat kereta bebas, mensasarkan untuk kesudahannya menawarkan kereta elektrik pada harga mampu milik bagi pengguna biasa.
-WIKIPEDIA






Dah lah saya ni peminat Elon Musk dari zaman universiti lagi. Kagum dengan idea2 beliau sampai orang gelar dia real life Tony Stark.. Huhu.

Berbalik kepada kerjaya di Carsem, saya boleh bagi 3/5. Work Life balance boleh achieve kalau kita pandai atur dan manage tugasan kita. Happy?? Yes I am.. Rakan sekerja yang baik.. suasana kerja yang best... dan most important, enjoyable. 

Bersambung...



Friday, 8 February 2019

Bekerja di Carsem

Carsem... Apa tu carsem? Company apa tu??? Company kereta ke?? Itu lah yang bermain di benak kepala hotak saya bila mana ditawarkan untuk datang temuduga di Carsem. Ketika masih lagi bekerja di Penang, ketika masih dalam bilik mesyuarat, dapat pula panggilan dari HR Carsem untuk menjemput  bagi menghadiri sesi temuduga di Ipoh.

Selesai sahaja mesyuarat, saya terus google Carsem.Rupanya Carsem adalah salah satu syarikat subcon semiconductor tempatan di Malaysia. Terdapat 3 plant Carsem di dunia, dua terletak di Malaysia di Perak dan satu terletak di Suzhou, China.

Tiba hari temuduga yang diadakan di Carsem S-Site di Meru, saya ditemuduga oleh salah seorang manager bagi Department Test. Alhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar dan segala soalan yang ditanya dapat dijawab dengan betul.


Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya ditawarkan untuk bekerja di Carsem sebagai Test Engineer.Tapi demi menghormati kontrak resign saya dengan company semasa iaitu Inari, saya perlu memberi notis period selama dua bulan sebelum boleh memulakan karier di tempat baru iaitu Carsem.Sepanjang notis period saya di Inari, saya memberikan kerjasama yang penuh kepada staf di sana dalam mengagihkan kerja-kerja saya kepada Engineer baru dan mengajar kepada beliau cara kerja, laporan, dan pengurusan yang betul dalam memastikan production line dapat diteruskan apabila saya sudah tidak lagi berkerja di sana.
Tiba hari yang ditunggu, saya melangkah kaki di Carsem untuk meneruskan karier saya sebagai seorang Engineer. Best ke Carsem?? Berbaloi ke Carsem??
Mungkin belum lagi tiba masa sesuai untuk saya komen kerana saya masih baru di sini..mungkin perlu tunggu lagi beberapa bulan untuk saya menilai Carsem..apa pun permulaan Karier saya di carsem agak memuaskan..
Sekian.tunggu next entry untuk saya nilai Carsem..huhu

Tuesday, 1 January 2019

Intern di Inari


Salam sejahtera, entry kali ini saya akan berkongsi tentang "Internship" di Inari. Best ke buat internship di sini? ada gaji ke?berapa RM dapat? ada peluang untuk diserap bekerja selepas tamat intern?ok jom kita mulakan...

Pertama sekali,intern di Inari kebanyakan lebih "Open" kepada pelajar-pelajar diploma dimana tugas-tugas dan latihan-latihan yang diberikan lebih kepada bahagian teknikal. Antara contoh latihan dan tugasan yang bakal dilalui oleh "dak2 intern" adalah seperti berikut;

-Maintaining machine performance
-Troubleshoot machine
-Performing Preventive Maintenance
-Performing machine conversion
-Work with engineer based on task given

Bagi sesetengah department, ada yang mewajibkan intern untuk masuk shift dan bekerja bersama shift technician. Jangan risau, anda bukan dipaksa bekerja secara percuma. Anda tetap akan dibayar gaji dan bahkan anda juga akan dibayar OT jika bekerja pada waktu cuti.

Kita teruskan kepada gaji untuk intern. Berapa basic salary untuk intern? well semasa saya di Inari pada tahun 2018, gaji basic yang dibayar kepada intern-intern adalah RM900. Ini adalah apa yang diberitahu oleh student intern saya. Untuk yang terbaru mungkin kadarnya sudah dinaikkan. Apa yang menarik tentang gaji intern disini, mereka juga disediakan slip gaji kepada meraka dan gaji mereka akan dimasukkan pada setiap hujung bulan.

Ada peluang ke untuk diserap masuk bekerja selepas tamat internship? Yes!!! performance anda akan dipantau selalu dan jika anda sudah "expert" dalam bahagian teknikal, peluang untuk diserap bekerja adalah amat cerah.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk entry kali ini.. Bagi adik-adik yang ingin buat intern kat sini, boleh apply di laman web HR Inari.Selamat ber"intern".

Sunday, 16 December 2018

Bekerja di Inari

"Hello....Tahniah, anda ditawarkan untuk bekerja di Inari.."

Tengah syok tidur pagi2, dapat pulak call dari HR Inari bagitau interview saya lulus dan dapat jawatan sebagai Engineer untuk Wafer Test. Happy sampai tiba-tiba dah segar mata tak jadi nak sambung tidur balik. Maklumlah, kali pertama dapat bekerja dalam sektor kilang ni..

Adakah best kerja kilang ni???  Untuk orang yang tak tahan dengan pressure dan stress level yang terlampau tinggi, mungkin kerja bahagian kilang bukan untuk anda.Tapi untuk yang gemarkan cabaran, mungkin boleh cuba. Kebanyakan kilang di Malaysia beroperasi 24 Jam non-stop.. Walaupun kerja sebagai engineer/exec/atau normal shift sekalipun, bebanan harus juga dipikul waktu hari weekend yang mana WhatsApp hendaklah sentiasa Online bagi mendapatkan status semasa di dalam production line.

Sebagai engineer, tugasnya adalah memastikan production berjalan lancar tanpa ada isu-isu yang boleh mengurangkan output dibawah target output. Kalau tak dapat meet output, alamatnya menjawablah dengan top management. Suka diingatkan bahawa sebagai engineer, cacian makian itu adalah lauk bagi kita . So kalau tak tahan makian, rasanya kilang bukan tempat anda untuk memulakan karier 

Berbalik kepada Inari, suasana kerja di Inari boleh dikatakan stress dan memenatkan. Hampir setiap bulan akan ada staff yang akan berhenti kerja dek kerana tekanan yang melampau. Berbeza dengan company lain, department yang saya bertugas ini tidak dibahagikan kepada dua bahagian, Engineering dan Maintenance. Jadi sebagai Engineer, anda adalah engineer untuk semua sama ada produk,mesin, maintenance,technician, quality, etc. Jadi hampir setiap saat anda terpaksa berhempas pulas kesana kemari menyelesaikan masalah yang tidak putus2. Agak mencabar bukan..

Waktu kerja bagi engineer di Inari adalah dari 8.30am - 6 pm. Tapi itu hanya di dalam surat tawaran semata mata. Percayalah,anda tidak akan dapat merasa pulang ke rumah pada jam 6.. mungkin anda akan pulang jam 8 malam atau 9 malam..atau 10 malam... Tidak mustahil jam 1 pagi... Dan lebih gila,anda mungkin takde peluang untuk pulang.Pernah terjadi staff yang tiba2 didatangi dengan masalah didalam production line yang agak banyak sehingga beliau tidak pulang kerumah dan hanya tidur sekejap disurau Inari dan sambung kerja pada keesokan harinya.


Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang suasana bekerja di kilang. Bagi yang baru untuk menceburi dalam sektor kilang ini,diharap anda fikir semasak masak gulai goreng sehangus hangusnya.kalau anda tidak sanggup korbankan masa bersama keluarga, mungkin sektor kilang bukan untuk anda. Renung-renungkan.

Tuesday, 11 December 2018

The Beginning


Test... Test... Test....

Salam sejahtera kepada semua. Akhirnya dapat juga saya buat satu blog untuk diri sendiri untuk saya tulis tentang perjalanan hidup yang saya tempuhi dan diharap dapat dijadikan pedoman,teladan, dan bimbingan untuk generasi akan datang.Untuk blog ini akan saya "share"- kan sebanyak mungkin bahan baik secara ilmiah mahupun sekadar perkongsian biasa yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Buah delima buah Epal,
Bunga melati bunga kantan,
Nama saya Mohamad Faizal,
Asalnya dari Negeri Kelantan.

Salam permulaan.................

Pengalaman Bekerja di Carsem

Salam Sejahtera, Sudah lama tidak menulis content2 sharing seperti sebelum sebelum ni. Maklumlah dek kerana kesibukan kerja ditambah dengan ...