Tengah syok tidur pagi2, dapat pulak call dari HR Inari bagitau interview saya lulus dan dapat jawatan sebagai Engineer untuk Wafer Test. Happy sampai tiba-tiba dah segar mata tak jadi nak sambung tidur balik. Maklumlah, kali pertama dapat bekerja dalam sektor kilang ni..
Adakah best kerja kilang ni??? Untuk orang yang tak tahan dengan pressure dan stress level yang terlampau tinggi, mungkin kerja bahagian kilang bukan untuk anda.Tapi untuk yang gemarkan cabaran, mungkin boleh cuba. Kebanyakan kilang di Malaysia beroperasi 24 Jam non-stop.. Walaupun kerja sebagai engineer/exec/atau normal shift sekalipun, bebanan harus juga dipikul waktu hari weekend yang mana WhatsApp hendaklah sentiasa Online bagi mendapatkan status semasa di dalam production line.
Sebagai engineer, tugasnya adalah memastikan production berjalan lancar tanpa ada isu-isu yang boleh mengurangkan output dibawah target output. Kalau tak dapat meet output, alamatnya menjawablah dengan top management. Suka diingatkan bahawa sebagai engineer, cacian makian itu adalah lauk bagi kita . So kalau tak tahan makian, rasanya kilang bukan tempat anda untuk memulakan karier
Berbalik kepada Inari, suasana kerja di Inari boleh dikatakan stress dan memenatkan. Hampir setiap bulan akan ada staff yang akan berhenti kerja dek kerana tekanan yang melampau. Berbeza dengan company lain, department yang saya bertugas ini tidak dibahagikan kepada dua bahagian, Engineering dan Maintenance. Jadi sebagai Engineer, anda adalah engineer untuk semua sama ada produk,mesin, maintenance,technician, quality, etc. Jadi hampir setiap saat anda terpaksa berhempas pulas kesana kemari menyelesaikan masalah yang tidak putus2. Agak mencabar bukan..
Waktu kerja bagi engineer di Inari adalah dari 8.30am - 6 pm. Tapi itu hanya di dalam surat tawaran semata mata. Percayalah,anda tidak akan dapat merasa pulang ke rumah pada jam 6.. mungkin anda akan pulang jam 8 malam atau 9 malam..atau 10 malam... Tidak mustahil jam 1 pagi... Dan lebih gila,anda mungkin takde peluang untuk pulang.Pernah terjadi staff yang tiba2 didatangi dengan masalah didalam production line yang agak banyak sehingga beliau tidak pulang kerumah dan hanya tidur sekejap disurau Inari dan sambung kerja pada keesokan harinya.
Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang suasana bekerja di kilang. Bagi yang baru untuk menceburi dalam sektor kilang ini,diharap anda fikir semasak masak gulai goreng sehangus hangusnya.kalau anda tidak sanggup korbankan masa bersama keluarga, mungkin sektor kilang bukan untuk anda. Renung-renungkan.